03 July 2017

Tarif Baru Untuk Perbaharu Insurans Kenderaan Di Malaysia

Pemansuhan Tarif Insurans Kenderaan

Bermula pada 1 Julai 2017 sistem insurans di Malaysia akan berubah kepada sistem tarif yang baru dimana tarif insurans kenderaan yang sedia ada akan dimansuhkan.

Pada fasa pertama perlaksaan tarif baru ini dijangkakan kenaikan harga akan berlaku didalam anggaran peningkatan maksimum sebanyak 10%.


Fasa pertama? Ya, ini merupakan perlaksanaan fasa pertama yang mana akan diwujudkan lagi fasa-fasa seterusnya selepasa ini.

Untuk fasa pertama, liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun bermula dari Julai 2017 sehingga Ogos 2018. Penetapan harga produk insurans kenderaan bermotor tidak lagi ditentukan Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan, sebaliknya ditentukan melalui setiap penunggang insurans dan pengendali takaful.

Namun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada kadar tarif sedia ada. Ia akan dinilai berdasarkan prestasi pelaksanaan liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun.


Sistem Tarif Sedia Ada

Sebelum ini, selama 30 tahun tarif insurans dikawal oleh Bank Negara. Harga insurans ditentukan oleh market value, CC dan loading sesebuah kenderaan.

Oleh sebab dikawal, jadi harga yang dikeluarkan adalah lebih kurang sama bagi semua syarikat insurans.

Apa Itu Pemansuhan Tarif?

Maksudnya disini, harga insurans kenderaan TIDAK lagi dikawal oleh Bank Negara. Setiap syarikat insurans bebas untuk meletakkan harga mereka sendiri.

Mereka juga bebas untuk mengubah harga pada bila-bila masa yang mana dinegara-negara lain sistem ini telah lama diguna pakai, sebagai contoh di US, UK, German, China, Thailand dan Singapore.

Apa Kesannya Terhadap Pengguna?


  • Harga insurans kenderaan mungkin akan meningkat sehingga 10%. Tetapi ada pendapat yang mengatakan, akan berlakunya penurunan harga apabila wujud persaingan kelak. Sama seperti pakej-paket telco sekarang, lebih murah untuk menarik minat pembeli dan pengguna.
  • Syarikat insurans akan perkenalkan lebih banyak produk baru
  • Kualiti servis insurans akan bertambah baik untuk tarik pelanggan.

Pengiraan Tarif Baru Nanti?

Pengiraan baru akan mengambil kira risiko pemilik untuk penentuan harga. Lebih rendah risiko, harganya lebih murah. Begitu juga sebaliknya sekiranya berisiko tinggi, harga lebih mahal.

Antara perkara yang akan diambil kira:

  • jantina
  • model dan jenis kenderaan
  • pekerjaan
  • rekod claim
  • kegunaan kereta
  • umur
  • tempat tinggal

*Terpulang kepada pihak insurans untuk tentukan.

Jadi bermula Julai 2017, sebelum anda membeli insurans kenderaan anda sila semak insurans yang ingin diguna. Tidak semestinya harga yang lebih mahal itu lebih baik, namun kita sebagai pengguna perlu bijak dalam memilih servis sesebuah insurans itu.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home