13 December 2016

Siapa Sebenarnya Buntat?

Baru-baru ini watak Buntat menjadi trending di laman sosial. Di Facebook, Twitter dan Instagram majoriti yang menaikkan status, akan mengusulkan tentang Buntat.

Masalahnya, siapakah Buntat?

Sebenarnya, selepas ramai penonton yang menonton drama berjudul 7 Hari Mencintaiku episod 21, boleh dikatakan majoriti penonton akan terkesan dengan watak yang dibawakan adik comel itu.

Sedikit sinopsis mengenai drama dalam episod 21 drama 7 Hari Mencintaiku, Buntat disahkan meninggal dunia selepas didera oleh abang angkatnya, Adi.

Tidak cukup dengan itu, Buntat turut dipukul oleh bekas kekasih Mia Adriana, Khalil.

Selepas kematian Buntat, Mia baru mahu menunjukkan penyesalan selepas tindakan Buntat yang mahu menyelamatkan dirinya yang tersangat sombong dan angkuh itu. Selama ini, Mia Adriana sering menunjukkan rasa bencinya terhadap Buntat telah menyesal di atas semua perbuatan buruk kepada Buntat.

Kebaikan dan keikhlasan hati yang ditunjukkan oleh Buntat juga telah melembutkan hati Mia.

Untuk mengetahui siapakah diri sebenar Buntat, berikut adalah biodata Buntat selaku pelakon cilik drama 7 Hari Mencintaimu yang disiarkan di slot Akasia TV3;
  • Nama Penuh : Mohd Ariff sebagai Buntat
  • Umur : 12 Tahun
  • Drama : 7 Hari Mencintaiku
  • Filem : Jibam (2017)
  • Asal : Jitra Kedah
  • Status : Anak Kepada Tauke Roti Canai Pak Mutalib Jitra
  • Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra
  • Kelas : 6 Teratai




Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home