31 December 2016

Cara Betul Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH: “Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH: “My name is Atan. I was born in 22 November 1990 in Terengganu. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “My name is Atan and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”



3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH: “I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare” PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH: “Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH: “I tend to put things to the very last minute.” PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH: “I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH: “Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges."

Lihat ini juga - Contoh resume terbaik

Labels: , ,

23 December 2016

Kata-Kata Dari Mulut Anak Ini Akan Buatkan Hati Anda Menangis

Anak-anak, tak pandai berbohong. Apa yang yang dikatakan, adalah datang dari hati.

Kita sebagai dewasa, pasti akan memahami apa yang dimaksudkan secara terus daripada setiap bait-bait ayat yang keluar daripada mulut mereka.

Ada kalanya, ia menggelikan hati. Tapi, ada kala juga.. ia bagaikan ditampar berkali-kali.

Lately, Haikal suka sorokkan phone saya.

Mula-mula saya ingat dia cuma nak bergurau.

Sebab Haikal akan gelak guling-guling bila berjaya sorokkan phone saya,

dan tengok saya gelabah cari phone. 😂

.

Sampailah tadi.

Dia buat lagi.

Tapi kali ni betul-betul dia sorok kat tempat susah dan saya tak jumpa!

.

So I gave up and pretended to cry.

Jalan pintas untuk dapatkan semula phone, adalah dengan mempermainkan perasaan Haikal. 😂

.

So saya pura-pura nangis sampai lah Haikal datang pujuk.

.

"Mama, jangan la nangis. Haikal gurau je."

.

"Mama tak jumpa phone mama."

.

"Nah. Ni phone mama. Sorry mama. Haikal gurau je."

.

"Thank you. Lepas ni jangan la sorokkan phone mama lagi. Mama banyak kerja dalam phone ni."

.

* Haikal diam lama *

.

"Kenapa Haikal diam?"

.

"Sebenarnya Haikal tak suka mama tengok phone tu. Haikal lagi suka kalau mama tengok Haikal. Mama tahu tak phone ni boleh rosakkan mata mama? Haikal tak pernah pun rosakkan mata mama. Tapi kenapa mama taknak tengok Haikal?"

.

I CRIED A RIVER,

dan terus peluk Haikal kuat-kuat. 😭

.

Ya Allah.

Lain macam betul rasa tamparan malam ni.

.

Haikal betul-betul anugerah.

Yang selalu ingatkan saya--

tentang AMANAH yang selalu dilupakan.

.

Ya Allah.

Izinkan aku untuk jadi ibu yang Haikal perlukan.

Bantu aku untuk jadi ibu yang Haikal banggakan.

Bimbing aku untuk sentiasa memperoleh redha Mu sepanjang menggalas amanah IBU ini.
Sayang mama Ashraf Haikal,

you are beyond special.

You are a true gift from Allah.

Please hold my hand forever,

and bring me closer to Him.
I AM TRULY SORRY.

Mama sayang Haikal.

Sangat-sangat.



Sumber: Adlil Rajiah

Labels: ,

17 December 2016

26 Gambar Sebelum Dan Selepas Peperangan di Aleppo, Syria

Peperangan yang berlanjutan di Aleppo kini telah melangkaui tahun yang keempat. Baru-baru ini satu perjanjian gencatan senjata telah dicapai bagi membolehkan orang ramai meninggalkan kawasan bandar yang telah dikepung dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Sejak tahun 2012, lebih 30,000 orang telah dilaporkan terbunuh, dan 20,000 orang lagi dianggap telah dipindahkan daripada bandar terbesar Syria.

Pernah menjadi destinasi pelancongan yang popular dan terkenal dengan marmar putih yang menakjubkan satu ketika dulu, pemandangan indah di Aleppo suatu ketika dulu kini menjadi sejarah.

Banyak warisan-warisan lama di bandar ini telah rosak, termasuklah Masjid Besar yang dibina pada abad ke-8, begitu juga kubu Aleppo yang dianggap sebagai salah satu daripada istana yang terbesar dan tertua di dunia.

Pertempuran itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi, tetapi kerosakan yang ditinggalkan sama sekali tidak dapat dikembalikan.



























Sama-samalah kita berdoa agar peperangan di Aleppo ini berakhir dengan satu berita gembira. Aminn.

Labels: , ,

14 December 2016

Fakta Mengenai Satu-Satunya Yang Di Pertuan Agong Berstatus Bujang

Tanggal 13 Disember 2016 merupakan satu lagi hari bersejarah Malaysia apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 15.


Berikut adalah diantara fakta yang perlu umum tahu mengenai YDP Agong baru Malaysia.

  1. Nama Sultan Muhammad ke-V ialah Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
  2. Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu.
  3. Dimasyhurkan menjadi Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010.
  4. Merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.
  5. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota Kelantan) Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri Ibni Sultan Ismail Petra.
  6. Yang Amat Mulia Tengku Faris Petra ditakhtakan menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
  7. 24 Mei 2009 adalah tarikh di mana baginda dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan ekoran ayahanda baginda Sultan Ismail Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
  8. Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bahru kemudiannya di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989.
  9. Melanjutkan pengajian dalam bidang Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies
  10. Baginda dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
  11. Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan.
  12. Baginda juga sering turun padang untuk mendengar dan memberi bantuan kepada rakyatnya.
Seperti yang kita tahu, Sultan Muhammad ke-V sangat mesra dengan rakyat baginda (rakyat Kelantan). Seluruh rakyat Malaysia pasti akan dapat merasai kemesraan dari Sultan Muhammad ke-V.

Sultan Muhammad ke-V akan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 15 untuk tempoh 5 tahun akan datang. Semoga baginda terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia.

Labels: , , , ,

13 December 2016

Siapa Sebenarnya Buntat?

Baru-baru ini watak Buntat menjadi trending di laman sosial. Di Facebook, Twitter dan Instagram majoriti yang menaikkan status, akan mengusulkan tentang Buntat.

Masalahnya, siapakah Buntat?

Sebenarnya, selepas ramai penonton yang menonton drama berjudul 7 Hari Mencintaiku episod 21, boleh dikatakan majoriti penonton akan terkesan dengan watak yang dibawakan adik comel itu.

Sedikit sinopsis mengenai drama dalam episod 21 drama 7 Hari Mencintaiku, Buntat disahkan meninggal dunia selepas didera oleh abang angkatnya, Adi.

Tidak cukup dengan itu, Buntat turut dipukul oleh bekas kekasih Mia Adriana, Khalil.

Selepas kematian Buntat, Mia baru mahu menunjukkan penyesalan selepas tindakan Buntat yang mahu menyelamatkan dirinya yang tersangat sombong dan angkuh itu. Selama ini, Mia Adriana sering menunjukkan rasa bencinya terhadap Buntat telah menyesal di atas semua perbuatan buruk kepada Buntat.

Kebaikan dan keikhlasan hati yang ditunjukkan oleh Buntat juga telah melembutkan hati Mia.

Untuk mengetahui siapakah diri sebenar Buntat, berikut adalah biodata Buntat selaku pelakon cilik drama 7 Hari Mencintaimu yang disiarkan di slot Akasia TV3;
  • Nama Penuh : Mohd Ariff sebagai Buntat
  • Umur : 12 Tahun
  • Drama : 7 Hari Mencintaiku
  • Filem : Jibam (2017)
  • Asal : Jitra Kedah
  • Status : Anak Kepada Tauke Roti Canai Pak Mutalib Jitra
  • Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra
  • Kelas : 6 Teratai




Labels: , ,

Tunggang Motosikal Pintar BMW Tanpa Perlukan Topi Keledar

Pernah lihat filem Tron? Mesti anda akan sedikit teruja dengan teknologi tinggi yang diperkenalkan dalam filem ini bukan?

Semaju tapak ke hadapan, kini BMW memperkenalkan motorsikal prototaip mereka yang sedikit sebanyak menghampiri model motorsikal Tron.


Uniknya disini, motorsikal yang diperkenalkan oleh BMW ini tidak memerlukan penggunanya menggunakan sebarang pelindungan keselamatan termasuk topi keledar.

Ia dilengkapi dengan cermin mata yang membolehkan penunggang mengawal situasi melalui pergerakan anak mata dan ianya juga akan memberi informasi tentang had laju, rintangan angin dan cuaca. Turut disertakan, jaket pelindung khas bagi penunggang motosikal ini.

Labels: ,

Rakaman Bandar Dubai Oleh Putera Diraja Dari Puncak Burj Khalifa

Putera Diraja Dubai, Hamdan bin Mohammed Al Maktoum (juga dikenali sebagai Fazza) mungkin merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia. Tetapi rakaman menakjubkan yang telah beliau rakamkan ini mungkin boleh dikatakan sesuatu yang tidak ternilai.

Baru-baru ini putera diraja itu ada berkongsi akan satu rakaman matahari terbit yang menakjubkan kepada 4.4 juta pengikutnya, dan video ini dilaporkan telah dilihat hampir 1 juta kali.

Rakaman itu yang diambil dari bahagian atas salah sebuah bangunan pencakar langit di bandar Dubai, dan merupakan bangunan tertinggi di dunia, iaitu Burj Khalifa, jelas sekali dapat dilihat kabus-kabus awan seperti yang sering dilihat didalam sebuah filem sci-fi.

Bukankah ianya sesuatu yang menakjubkan?





Labels: ,

06 December 2016

24 Gambar Yang Akan Membuatkan Anda Jatuh Cinta Dengan Sesumpah

Tahukah anda sesumpah mempunyai keupayaan untuk memutarkan mata mereka secara berasingan dengan lengkok 180 darjah? Dan ini membolehkan mereka melihat kawasan sekeliling secara 360 darjah?

Disamping keunikan ini, ketika kecil juga mereka mepunyai warna-warna yang cukup cantik dan comel.

Jika anda belum pernah melihat mereka ketika mana mereka masih kecil dan baru dilahirkan, mari lihat gambar-gambar ini. Serius, hati anda terus akan tergerak untuk mencari dan membeli seekor daripadanya di kedai-kedai pet store.

























Labels: ,