31 October 2016

Kodak Memperkenalkan Telefon Pintar Berbentuk Model Kamera Antik

Kodak dan Bullitt Group telah melancarkan sebuah model telefon pintar baru yang dipanggil KODAK EKTRA.

Kodak Ektra yang direka khas untuk para jurugambar didatangkan dengan sensor fast focus 21 megapiksel dengan aperture F2.0. Dipadankan dengan kamera hadapan 13 megapiksel dengan fungsi Phase Detection Auto Focus PDAF dan aperture F2.2, aplikasi kamera terbina untuk telefon pintar ini boleh dikawal melalui sentuhan haptic intuitif dengan tetapan mode HDR, Landscape, Portrait, Macro, Sport, Night Vision, Panorama dan Bokeh.

Tetapan asas dilaraskan kepada Smart Auto yang mana ia memberi kelebihan untuk pengguna untuk memilih tetapan mode secara automatik berdasarkan situasi dan keadaan yang terbaik untuk gambar-gambar yang ingin dirakam.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Helio X20 Decacore dan juga Android Marshmallow, ia merupakan satu lagi pilihan terkini buat penggemar gadjet. Dengan keunikan reka bentuknya seperti sebuah kamera filem lama, ia adalah satu model telefon pintar yang menarik untuk dimiliki dengan harga sebanyak £449 sahaja.











Akan berada dipasaran Eropah selewat-lewatnya penghujung tahun 2016.

Spesifikasi Kodak Ektra:

  • Kamera belakang dengan sensor fast focus 21MP serta F2.0, PDAF, OIS dan Dual LED Flash
  • Kamera hadapan 13MP dengan fungsi phase detection auto focus serta aperture F2.2 PDAF
  • Cip pemprosesan Helio X20 2.3GHz Decacore dengan ram 3GB
  • Memori 32GB, yang boleh diperbesarkan dengan penggunaan memori kad MicroSD
  • Bateri sebesar 3000mAh, dengan USB 3.0 Type C fast charger
  • ANDROID 6.0 (Marshmallow)

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home