31 October 2016

Kodak Memperkenalkan Telefon Pintar Berbentuk Model Kamera Antik

Kodak dan Bullitt Group telah melancarkan sebuah model telefon pintar baru yang dipanggil KODAK EKTRA.

Kodak Ektra yang direka khas untuk para jurugambar didatangkan dengan sensor fast focus 21 megapiksel dengan aperture F2.0. Dipadankan dengan kamera hadapan 13 megapiksel dengan fungsi Phase Detection Auto Focus PDAF dan aperture F2.2, aplikasi kamera terbina untuk telefon pintar ini boleh dikawal melalui sentuhan haptic intuitif dengan tetapan mode HDR, Landscape, Portrait, Macro, Sport, Night Vision, Panorama dan Bokeh.

Tetapan asas dilaraskan kepada Smart Auto yang mana ia memberi kelebihan untuk pengguna untuk memilih tetapan mode secara automatik berdasarkan situasi dan keadaan yang terbaik untuk gambar-gambar yang ingin dirakam.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Helio X20 Decacore dan juga Android Marshmallow, ia merupakan satu lagi pilihan terkini buat penggemar gadjet. Dengan keunikan reka bentuknya seperti sebuah kamera filem lama, ia adalah satu model telefon pintar yang menarik untuk dimiliki dengan harga sebanyak £449 sahaja.











Akan berada dipasaran Eropah selewat-lewatnya penghujung tahun 2016.

Spesifikasi Kodak Ektra:

  • Kamera belakang dengan sensor fast focus 21MP serta F2.0, PDAF, OIS dan Dual LED Flash
  • Kamera hadapan 13MP dengan fungsi phase detection auto focus serta aperture F2.2 PDAF
  • Cip pemprosesan Helio X20 2.3GHz Decacore dengan ram 3GB
  • Memori 32GB, yang boleh diperbesarkan dengan penggunaan memori kad MicroSD
  • Bateri sebesar 3000mAh, dengan USB 3.0 Type C fast charger
  • ANDROID 6.0 (Marshmallow)

Labels: , , ,

29 October 2016

Street Art Ini Menghidupkan Suasana Suram Kepada Sesuatu Yang Lebih Ceria

Sentuhan emas sesetengah artis kadang-kala boleh menghidupkan suasana yang suram kepada sesuatu yang lebih ceria.

Ibarat memberi nafas baru, seni ini adalah contoh-contoh sebelum dan selepas yang mampu mengubah mood seseorang apabila melihat pemandangan sesuatu yang cukup cantik.

Lokasi: Berlin
Lokasi: Mexico
Lokasi: Hungary
Lokasi: UK
Lokasi: Poland
Lokasi: Perancis
Lokasi: Greece
Lokasi: Perancis
Lokasi: Perancis
Lokasi: Scotland

Labels: , ,

22 October 2016

Haiwan Ini Dilahirkan Daripada Kertas?

Bagi kebanyakan kita, surat khabar tidak mempunyai fungsi lain selain bahan bacaan harian. Tetapi bagi Chie Hitotsuyama, surat khabar mempunyai kegunaan yang disebaliknya. Disebalik membeli surat khabar hanya untuk membaca gosip-gosip liat dan berita-berita sukan, apa yang dibuatnya adalah sesuatu reka cipta yang sangat realistik.

Menggunakan kertas surat khabar yang digulung padat serta dibasahkan, arca-arca haiwan ini dihasilkan. Daripada sekecil-kecil haiwan sebesar iguana sehinggalah sebesar-besar haiwan seperti badak sumbu.










Kreatif kan?

Labels: , ,