03 August 2016

Seiras Tun Dr Mahathir?

Ramai yang percaya bahawa di dunia ini terdapat tujuh orang yang berkongsi wajah yang seakan sama dengan kita.

Secara ikhlasnya admin juga pernah melihat kembar seiras admin sendiri melalui satu siri filem popular iaitu Harry Potter (serius okay!).

Bagaimanapun itu bukanlah cerita utama yang ingin dikongsikan. Cerita sebenarnya yang menarik perhatian admin untuk dikongsikan dalam blog ini ialah, Pinarayi Vijayan ialah Ketua Menteri Kerala India yang admin rasakan kelihatan hampir seiras seperti mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad.

Riak wajah beliau ketika sangat kelihatan seperti Tun tidak kira apa jua memek muka yang digayakan. Perbezaannya ialah beliau lahir pada tahun 1944 dan bukannya 1925. Beliau juga ialah ahli Parti Komunis India tidak seperti Tun yang merupakan ahli parti pejuang demokrasi UMNO. Hohoho.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda telah menemui kembar seiras anda sebelum ini?






Labels: ,