24 July 2016

Menggunakan Perabot IKEA, Rumah Kampung Ini Diberi Nafas Baru

Mengubah dekorasi rumah-rumah kampung kepada satu tema moden merupakan satu usaha yang agak mencabar. Lebih-lebih lagi dengan struktur binaan yang agak tradisional membuatkan kita tertumpu kearah dekorasi style lama-lama yang agak outdated.

Tetapi uniknya bagi seorang pemilik rumah tradisional apabila dia berjaya menggabungkan rekaan moden kedalam rumah “kampung”nya dengan cukup baik. Dan yang paling mengujakan, kesemua perabot dan aksesori yang digunakan adalah dibeli dari IKEA.

Konsep: Rojak, tema black & white
Owner: Eliey Zakaria
Lokasi: Kuala Terengganu





Cantik kan?

Labels: , ,

18 July 2016

Pelan Telco Unlimited Call & SMS Tipu?


Terma dan syarat yang tidak jelas, tidak dinyatakan perjanjian pendaftaran merupakan salah satu sebab kenapa pelanggan selalu terkena dengan syarikat-syarikat telco di negara kita.

Terbaru, kes unlimited call dan SMS oleh sebuah syarikat yang difahamkan mempunyai limit maksima sehingga menyebabkan bil pelanggan mencecah ribuan ringgit.


Pernahkah situasi sebegini terjadi terhadap anda?

Jika ya, anda berhak mendapatkan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab. Dan sekiranya jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati, mungkin permasalahan itu perlu dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Jadilah pengguna yang bijak.

Note: Perkongsian video untuk dijadikan rujukan oleh saudara Yusri Ahmad.

Labels: ,

16 July 2016

Lelaki Ini Buat Perangai Lagi Dengan Kostum Cosplay Nya Yang Murah

Kostum yang cantik sememangnya akan menipiskan poket anda jika anda merupakan salah seorang penggemar kostum. Setiap bulan pasti akan diadakan event-event cosplay yang akan mengumpulkan ribuan peminat-peminat diseluruh dunia.

Tetapi, bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad tidak semestinya harus membiarkan saja minat itu berkubur begitu sahaja.

Anucha “Cha” Saengchart, salah seorang peminat sejati costum telah berjaya memenuhi minatnya dengan menampilkan diri dengan kostum-kostum "murah" dan unik.

Lihat saja kreativiti beliau.






Captain America






Read more »

Labels: , ,

18 Idea Gambar Perkahwinan Miniature Yang Cantik Dan Menarik

Ekkachai Saelow merupakan seorang jurugambar perkahwinan di Thailand. Dia memiliki kreativiti yang unik apabila menampilkan koleksi gambar perkahwinan yang jarang-jarang difikirkan oleh jurugambar-jurugambar lain.

Ekkachai yang berkebolehan untuk mengambil gambar-gambar perkahwinan biasa menjadi sesuatu gambar yang lebih menarik apabila beliau menggunakan teknik manipulasi, mengubah subjek menjadi seperti miniature kecil yang comel. Seperti yang dapat dilihat, output gambar hasil kerja tangan beliau sangat cantik, dan yang paling penting ianya tidak kelihatan seperti dibuat-buat.



















Real sungguh. Something yang outside from the box.

p.s: Merancang untuk berkahwin? Mungkin anda boleh gunakan idea ini untuk pre-wedding nanti.

Labels: ,