28 May 2016

42 Logo Jenama Terkemuka Dunia Dulu Dan Sekarang

Semuanya akan berubah mengikut peredaran masa. Manusia semakin tua, barangan-barangan pula semakin buruk.

Perkara yang sama juga berlaku dalam dunia perniagaan. Dalam mengekalkan kepentingan kepada pengguna, sesuatu syarikat mesti terus berusaha untuk menyesuaikan diri dalam keadaan semasa.

Kita bukan sahaja bercakap mengenai polisi ataupun peraturan sesebuah syarikat, tetapi.. logo jenamanya juga adalah salah satu benda terpenting yang turut mengalami perubahan.

Jom lihat 42 logo jenama ternama yang telah melalui fasa naik taraf yang dimaksudkan.

#1 Logo Adidas

2# Logo Adobe

#3 Logo Amazon.com

#4 Logo Apple

#5 Logo AT&T

#6 Logo Audi

Read more ยป

Labels: , , ,

21 May 2016

Tips Dan Persediaan Untuk Travel Ke Luar Negara

Korang suka travel ataupun berniat untuk travel ke negara orang? Tapi dalam masa yang sama tertanya-tanya tips dan persediaan yang perlu dilakukan?

Ini dia perkongsian bernas daripada saudara Jeroong Wia.

"Bro, ada itinerary x ko pegi jepun?"

"Bang, Korea apa yang best ek?"

"Boh, brapo ya duit kawe kena bwk kalu kawe nak gi derak Beijing?"


Common question yg selalu org tanya. Ok meh nak ajar cara2 persiapkan diri untuk melancong ke luar negara - luar malaysia.


  1. Destinasi. Nak ke mana?hong kong? Harbin? Paris? Korea? Ko kena ada destinasi nak dituju kan. So kalau dah ada destinasi hala tuju, kena buat research plak. Baca blog org. Bukak trip advisor. Baca review.
  2. Buat itinerary. Berapa hari ko nak pegi? Negara mana? Bandar mana? Kalau malas nak baca blog/itinerary org tuk buat rujukan, ko buat iti sendiri. Bukak website visitacity.com ko pilih kat situ ko nak pegi mana, berapa hari.
  3. so nnt website tu akan keluarkan itinerary mengikut apa yang kamu pilih. Silakan pilih sendiri lah korang nak camner. Full ke family ke top attraction ataupon shopping.
  4. Lepas pilih iti semua tu, setup date plak kat dlm tu bila ko nak pegi..pastu printing/save iti tu sbb nnti iti tu akan lebih tepat kalau check dgn exact date & hari sebab bukan semua tempat yg ko pilih tu akan dibukak setiap hari sepanjang tahun.
  5. lepas nampak iti tu ada tanda palang merah, tukar jer lah tarikh untuk tempat yg menarik tu.. So mcm gyongbokgung palace,korea tutup selasa, forbidden city,beijing tutup isnin, ueno zoo,tokyo tutup isnin. So ko kena check semua tu. Masa ni bukak maps untuk isi tempat kosong mana korang nak pegi kalau tempat yg nak dituju tu tutup pada tarikh tersebut.
  6. Lepas dah ada iti, bukak blog berkenaan tempat tu..buat/kira budget mcm mana nak pegi tempat tu.
  7. masa buat iti, kalau dah ada tempat nak tido tekan add my place/hotel. Kalau xada cari laa apa lagi. Bukak booking.com / agoda.com check price range berapa org berapa haribulan pastu booking. Ok done iti.
  8. kad debit/credit - settingkan untuk international use. Call bank mntk diorng activekan ataupon masuk internet bnking dan buat sendiri.
  9. Buat tukaran duit. Money changer ni dia ada naik dan turun. Biasanya kalau YEN rate turun skit antara 22hb-6hb dan dalam sehari rate akan bertukar 4x iaitu antara pukul 0900, 1200, 1500 dan 1700. Kebiasaan pada waktu 1200-1500 rate my akan naik skit. So btter tukar duit time ni. Kalau pukul 1700 dan ke atas rate duit kita akan turun sikit.
  10. kalau nak senang tukar jer sedikit duit dlu then once dah sampai ke destination yg dituju cucuk atm machine dkt sana tp make sure kad activekan international dlu. Kalau x terlopong.
  11. Oh, sebelum ke money changer, tolong call dlu tanyakan pasal rate money. Jangan buang masa datang2 rate xcantik.
  12. Nk melancong tu melancong gak keselamatan kena jaga. Beli insurance. Masuk gobear.com compare insurance apa yg nk tgk ler budget kome camner.
  13. Makanan. Kalau nk jimat/susah nk dpt mknan halal beli jer brahim bebanyak bawak. Lagi senang.
  14. passport/ic/travel insurance/embassy adress/any related document tu scan dan save dlm email/dropbox/google drive. Kot2 jadi apa2 xde la merana.
  15. check suhu time korang nak pi. Senang nak packing nak bwk baju camnor. Ubat2tan. Travel adaptor jgn dilupa.
"Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan."

InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Selamat mengembara.

Labels: , ,

04 May 2016

6 Resepi Rahsia Air Detox Untuk Kuruskan Badan

Ramai orang yang inginkan badan yang kurus dan sihat, tetapi mereka takut untuk mengambil ubat-ubatan yang bukannya daripada sumber semula jadi. Ini kerana dikhuatiri akan meninggalkan kesan sampingan kepada mereka pada jangka masa panjang.

Disebabkan itu, admin ingin berkongsi salah satu tips yang boleh anda cuba. Tips ataupun panduan rahsia yang ingin dikongsikan adalah resipi semulajadi yang boleh membantu anda mencapai sasaran kurus anda secara sihat dan juga ianya hanya menggunakan kos yang minimal.

6 Resepi Rahsia Air Detox Untuk Kuruskan Badan

1. Timun + Limau + Lemon


Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung

2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren


Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3. Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren


Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4. Lemon + Daun Pudina


Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.

5. Oren + Lemon + Limau Nipis


Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.

6. Strawberi + Oren +Daun Pudina


Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.


Selain daripada meminum air detox untuk menguruskan badan, terdapat satu serum yang selamat digunakan tanpa memberi kesan jangka panjang. Serum itu yang diberi nama, Izeara Xtravaganza hanya memerlukan pengguna untuk menyapu serum tersebut dibahagian anggota tubuh badan.

Kelebihannya bukan sahaja untuk menguruskan badan, malah ia juga mampu menghilangkan stretch mark yang degil dibadan anda.

Labels: , , , ,