08 June 2015

Betapa Mudahnya Untuk Mengkhayalkan Seorang Gadis (VIDEO)

Seorang lelaki ingin menyampaikan satu mesej yang sangat penting kepada semua gadis diluar sana.

Joey Salad telah memuat naik satu video ke dalam YouTube untuk membuktikan betapa mudahnya untuk memasukkan dadah ke dalam minuman seorang gadis ketika mereka sedang leka. Tidak terkecuali apabila mereka turut ditemani oleh rakan-rakan juga.

Niatnya hanya satu, iaitu untuk meningkatkan kesedaran, dan memberi amaran kepada semua gadis supaya memberi lebih tumpuan kepada minuman dan makanan mereka yang terdedah ketika berada diluar.

Mari kita lihat video ini dan kongsikan kepada rakan-rakan supaya mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Labels: