20 April 2015

Shoes That Grow, Jimatkan Perbelanjaan

Kadang kala ciptaan yang ringkas boleh merubah hidup seseorang. Itu merupakan impian bagi pereka sandal “The Shoes That Grow”. Sandal ini yang direka bentuk oleh Kenton Lee boleh diubah saiznya mengikut umur dan kesesuaian seseorang.

Ia hadir dalam satu rekaan dimana ianya boleh dilaras kepada 5 jenis saiz, dan dikatakan mampu diguna pakai selama 5 tahun berturut-turut.

Menurut Kenton, “Terdapat lebih daripada 300 juta kanak-kanak yang tidak mempunyai kasut disebabkan masalah kemiskinan dan tidak kurang juga mereka yang mempunyai kasut tapi tidak bersesuaian dengan saiz kaki sebenar".

Kanak-kanak yang ini sangat berisiko untuk terkena jangkitan parasit dan juga luka-luka kerana pendedahan kaki mereka terhadap permukaan yang terbuka sangat berisiko tinggi.

Jadi, dengan adanya ciptaan ini, beliau sangat mengharapkan suatu hari nanti ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak yang tergolong didalam kategori daif ini.







p/s: Alangkah bagusnya jika ada dijual di Malaysia.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home