27 April 2015

Sanggupkah Anda Bina Jaring Labah-Labah Setinggi 400 Kaki Dan Berdiri Diatasnya?

Setakat ini rasanya kumpulan yang dikenali sebagai The Moab Monkeys adalah daredevil yang paling gila pernah admin tahu.

Mereka sanggup membuat satu jaring seakan-akan jaring labah-labah yang setinggi 400 kaki dari dasar tanah, dan 200 kaki jauhnya jarak dari tebing.

Menjadikan ianya berisiko tinggi, mereka membuat jaring tersebut hanya menggunakan ikatan tangan dan kemudiannya untuk ke jaring tersebut, mereka perlu berjalan di atas tali-tali yang menghubungkan jaring tersebut dengan tebing berdekatan.

Moab Monkeys ini merupakan pakar dalam aksi-aksi lasak dan pernah terlibat dengan rakaman filem.















Sumber rujukan: slacklinemedia.com

Labels: