26 April 2015

Kini Lampu Boleh Dinyalakan Tanpa Wayar

Simon Morris sangat obses tentang sains. Sejak dari umur 16 tahun, dia sering mengimpikan untuk memliki papan legar.

Akibat daripada keobsesannya itu, membuatkan beliau untuk melibatkan diri dengan eksperimen-eksperimen yang berkaitan dengan magnet.

Antara eksperimen lain yang turut dicuba, termasuklah teori tanpa wayar Nikloa Tesla, dimana selepas daripada eksperimen ini, lahirnya produk Flyte.

Flyte, merupakan rekaan lampu yang terapung untuk kegunaan rumah dan juga pejabat. Ia agak unik kerana digabungkan dengan 2 teknologi iaitu, apungan magnetik dan juga induksi.

Umum, dunia sains mengetahui bahawa kedua-dua teknologi ini banyak kekangan yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang ingin mencubanya. Tetapi, jelas sekali Simon telah berjaya mengatasinya.

Dengan kewujudan Flyte ini, ia secara tidak langsung membuatkan pembelajaran sains itu semakin menarik. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang sering berfantasikan karpet terbang Aladin.








Sumber: Kickstarter

Labels: