30 April 2015

Cara Mudah Untuk Jual Buah Dengan Harga Yang Lebih Mahal

Sebuah syarikat Cina dipanggil Fruit Mould telah datang dengan idea yang inovatif untuk mewujudkan acuan plastik jenis yang mengubah bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran biasa ke dalam bentuk yang aneh dan pelik yang anda tidak pernah dilihat sebelum ini.

Ketika buah-buahan masih muda, petani membungkus buah-buahan tersebut ke dalam acuan plastik lutsinar, yang mana akhirnya buah-buahan tersebut akan membesar mengikut rupa bentuk acuan itu.

Buah-buahan ini yang aneh bentuknya ini, kini mula dijual di seluruh di pasar raya dengan harga yang mungkin lebih mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan biasa. Pandai bukan?







Sumber rujukan: Designboom.com

Labels:

Kamera Murah Tidak Semestinya Gambar Tidak Cantik

Percaya atau tidak, untuk menjadikan sesebuah gambar itu cantik dan nampak hidup tidak semestinya memerlukan peralatan yang canggih dan juga mahal.

Tetapi yang diperlukan adalah skill dan kreativiti seseorang supaya gambar tersebut menjadi sesuatu yang indah dipandang.

Meagan V.Blazier, seorang fotografer hartanah, merupakan seorang ibu tunggal dan juga artis, telah mencipta beberapa gambar yang unik serta menakjubkan.

Gambar-gambar tersebut diambil hanya dengan menggunakan sebuah kamera lama dan murah, yang mungkin telah dihentikan pengeluarannya oleh pihak syarikat, iaitu Canon Powershot SX40HS.

Katanya, "Untuk menjadikan sesuatu gambar itu menarik, bukan kamera penyebabnya. Tetapi adalah kerana orang yang disebalik kamera tersebut".

Saat mula-mula Meagan V.Blazier merakamkan gambar-gambar pemandangan adalah untuk mengabadikan kenangannya bersama anak. Tetapi beliau sedar akan cara ini dapat membantu beliau melegakan tekanan hidup sebagai seorang ibu tunggal dan akhirnya ia diteruskan sehingga hari ini dengan gaya gambarnya yang unik.



















Meagan telah menjual banyak cetakan kerja beliau, dan ada diantaranya juga telah dianugerahkan Pilihan Editor picks 500px dan dilesenkan untuk buku dan juga majalah.


Sumber rujukan: meaganvblazier.com

Labels:

29 April 2015

Apa Itu Cinta? Apa Itu Kasih Sayang?

Perasaan kasih sayang kepada pasangan boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk perlakuan.

Seorang artis yang dikenali sebagai “Puuung” telah merakamkan saat-saat bahagia bagi definisi sebuah perasaan kasih sayang dalam satu bentuk ilustrasi yang cukup menyentuh perasaan.

Setiap gerak isyarat dan juga interaksi itu mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Melalui gambar-gambar yang ini, gambar yang manakah merupakan gambaran terbaik bagi anda dalam menyampaikan rasa sayang anda itu kepada pasangan anda?



















































Sumber: grafolio

Labels: