05 July 2017

Rupa-Rupanya Inilah Penghujung Tembok Besar China

Tembok Besar China antara 7 keajaiban dunia. Ia merupakan antara binaan yang unik telah dibina, dan lebih menarik apabila kebanyakan pelawat yang berkunjung kesini tidak pernah melihat penghujungnya.

Kebanyakan gambaran di sepanjang laluan tembok besar China dihidangkan dengan pemandangan yang berbeza-beza di setiap lokasi.

Lihat saja gambaran-gambaran ini, menakjubkan bukan?








Tetapi siapa sangka, rupa-rupanya penghujung tembok ini berakhir dengan sesuatu yang tidak pernah kita bayangkan..




Ke laut!

Labels: ,

03 July 2017

Tarif Baru Untuk Perbaharu Insurans Kenderaan Di Malaysia

Pemansuhan Tarif Insurans Kenderaan

Bermula pada 1 Julai 2017 sistem insurans di Malaysia akan berubah kepada sistem tarif yang baru dimana tarif insurans kenderaan yang sedia ada akan dimansuhkan.

Pada fasa pertama perlaksaan tarif baru ini dijangkakan kenaikan harga akan berlaku didalam anggaran peningkatan maksimum sebanyak 10%.


Fasa pertama? Ya, ini merupakan perlaksanaan fasa pertama yang mana akan diwujudkan lagi fasa-fasa seterusnya selepasa ini.

Untuk fasa pertama, liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun bermula dari Julai 2017 sehingga Ogos 2018. Penetapan harga produk insurans kenderaan bermotor tidak lagi ditentukan Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan, sebaliknya ditentukan melalui setiap penunggang insurans dan pengendali takaful.

Namun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada kadar tarif sedia ada. Ia akan dinilai berdasarkan prestasi pelaksanaan liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun.


Sistem Tarif Sedia Ada

Sebelum ini, selama 30 tahun tarif insurans dikawal oleh Bank Negara. Harga insurans ditentukan oleh market value, CC dan loading sesebuah kenderaan.

Oleh sebab dikawal, jadi harga yang dikeluarkan adalah lebih kurang sama bagi semua syarikat insurans.

Apa Itu Pemansuhan Tarif?

Maksudnya disini, harga insurans kenderaan TIDAK lagi dikawal oleh Bank Negara. Setiap syarikat insurans bebas untuk meletakkan harga mereka sendiri.

Mereka juga bebas untuk mengubah harga pada bila-bila masa yang mana dinegara-negara lain sistem ini telah lama diguna pakai, sebagai contoh di US, UK, German, China, Thailand dan Singapore.

Apa Kesannya Terhadap Pengguna?


  • Harga insurans kenderaan mungkin akan meningkat sehingga 10%. Tetapi ada pendapat yang mengatakan, akan berlakunya penurunan harga apabila wujud persaingan kelak. Sama seperti pakej-paket telco sekarang, lebih murah untuk menarik minat pembeli dan pengguna.
  • Syarikat insurans akan perkenalkan lebih banyak produk baru
  • Kualiti servis insurans akan bertambah baik untuk tarik pelanggan.

Pengiraan Tarif Baru Nanti?

Pengiraan baru akan mengambil kira risiko pemilik untuk penentuan harga. Lebih rendah risiko, harganya lebih murah. Begitu juga sebaliknya sekiranya berisiko tinggi, harga lebih mahal.

Antara perkara yang akan diambil kira:

  • jantina
  • model dan jenis kenderaan
  • pekerjaan
  • rekod claim
  • kegunaan kereta
  • umur
  • tempat tinggal

*Terpulang kepada pihak insurans untuk tentukan.

Jadi bermula Julai 2017, sebelum anda membeli insurans kenderaan anda sila semak insurans yang ingin diguna. Tidak semestinya harga yang lebih mahal itu lebih baik, namun kita sebagai pengguna perlu bijak dalam memilih servis sesebuah insurans itu.

Labels: ,

22 June 2017

Lelaki Ini Membeli Pisau Berkarat Dengan Harga $3 Dan Ini Hasilnya

Apa yang diperlukan untuk menjadi video nombor satu di YouTube? Ini adalah soalan yang sering kebanyakan vloggers tertanya-tanya kepada diri mereka sendiri.

Tetapi sebagai bintang YouTube nombor satu Jepun yang bernama Jun ini, beliau membuktikan apa yang diperlukan untuk berada diatas carta adalah hanya dengan menggunakan sebilah pisau berkarat yang digilapkan.

Serius awesome!

Labels:

18 May 2017

Anda Akan Mati Sekiranya Termakan Cili Terpedas Di Dunia Ini

Seorang chef daripada Wales berjaya menghasilkan cili terpedas di dunia yang dikatakan boleh menyebabkan seseorang mengalami kejutan anafilaktik sekiranya termakan cili tersebut.


Tahap kepedasan cili ini yang begitu tinggi menyebabkan ianya hanya akan diguna pakai sebagai bahan anaesthetic (bius) didalam rawatan kesihatan sahaja.


Diberi nama "Dragon's Breath", cili ini dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia setelah mendapat bacaan skala Scoville yang tertinggi berbanding cili-cili yang lain iaitu melebihi 2.48m. Ini menjadikan ia 20 kali lebih pedas daripada cili Habanero dan 70 kali lebih panas daripada sos extra-hot Nando's).


Kejutan anafilaktik (anaphylactic shock) akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi pedih seperti terbakar dan tertutup.

Labels: ,

02 April 2017

25 Watak Baru Lakonan Mr.Bean

Mr Bean mungkin salah seorang yang memiliki wajah yang lucu sepanjang zaman. Maksud saya, walaupun watak yang ditonjolkan hampir tidak bercakap tetapi ianya masih berjaya membuatkan kita ketawa sepanjang masa.

Terdapat khabar angin bahawa Mr.Bean bakal kembali di kaca televisyen dengan siri yang terbaru, namun sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Sehingga itu, mari kita lihat dulu beberapa gambar kelakar beliau yang telah di-photosop-kan oleh netizen. Ahaks!


























Labels: ,

31 December 2016

Cara Betul Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH: “Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH: “My name is Atan. I was born in 22 November 1990 in Terengganu. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “My name is Atan and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”



3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH: “I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare” PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH: “Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH: “I tend to put things to the very last minute.” PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH: “I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH: “Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges."

Lihat ini juga - Contoh resume terbaik

Labels: , ,

23 December 2016

Kata-Kata Dari Mulut Anak Ini Akan Buatkan Hati Anda Menangis

Anak-anak, tak pandai berbohong. Apa yang yang dikatakan, adalah datang dari hati.

Kita sebagai dewasa, pasti akan memahami apa yang dimaksudkan secara terus daripada setiap bait-bait ayat yang keluar daripada mulut mereka.

Ada kalanya, ia menggelikan hati. Tapi, ada kala juga.. ia bagaikan ditampar berkali-kali.

Lately, Haikal suka sorokkan phone saya.

Mula-mula saya ingat dia cuma nak bergurau.

Sebab Haikal akan gelak guling-guling bila berjaya sorokkan phone saya,

dan tengok saya gelabah cari phone. 😂

.

Sampailah tadi.

Dia buat lagi.

Tapi kali ni betul-betul dia sorok kat tempat susah dan saya tak jumpa!

.

So I gave up and pretended to cry.

Jalan pintas untuk dapatkan semula phone, adalah dengan mempermainkan perasaan Haikal. 😂

.

So saya pura-pura nangis sampai lah Haikal datang pujuk.

.

"Mama, jangan la nangis. Haikal gurau je."

.

"Mama tak jumpa phone mama."

.

"Nah. Ni phone mama. Sorry mama. Haikal gurau je."

.

"Thank you. Lepas ni jangan la sorokkan phone mama lagi. Mama banyak kerja dalam phone ni."

.

* Haikal diam lama *

.

"Kenapa Haikal diam?"

.

"Sebenarnya Haikal tak suka mama tengok phone tu. Haikal lagi suka kalau mama tengok Haikal. Mama tahu tak phone ni boleh rosakkan mata mama? Haikal tak pernah pun rosakkan mata mama. Tapi kenapa mama taknak tengok Haikal?"

.

I CRIED A RIVER,

dan terus peluk Haikal kuat-kuat. 😭

.

Ya Allah.

Lain macam betul rasa tamparan malam ni.

.

Haikal betul-betul anugerah.

Yang selalu ingatkan saya--

tentang AMANAH yang selalu dilupakan.

.

Ya Allah.

Izinkan aku untuk jadi ibu yang Haikal perlukan.

Bantu aku untuk jadi ibu yang Haikal banggakan.

Bimbing aku untuk sentiasa memperoleh redha Mu sepanjang menggalas amanah IBU ini.
Sayang mama Ashraf Haikal,

you are beyond special.

You are a true gift from Allah.

Please hold my hand forever,

and bring me closer to Him.
I AM TRULY SORRY.

Mama sayang Haikal.

Sangat-sangat.



Sumber: Adlil Rajiah

Labels: ,

17 December 2016

26 Gambar Sebelum Dan Selepas Peperangan di Aleppo, Syria

Peperangan yang berlanjutan di Aleppo kini telah melangkaui tahun yang keempat. Baru-baru ini satu perjanjian gencatan senjata telah dicapai bagi membolehkan orang ramai meninggalkan kawasan bandar yang telah dikepung dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Sejak tahun 2012, lebih 30,000 orang telah dilaporkan terbunuh, dan 20,000 orang lagi dianggap telah dipindahkan daripada bandar terbesar Syria.

Pernah menjadi destinasi pelancongan yang popular dan terkenal dengan marmar putih yang menakjubkan satu ketika dulu, pemandangan indah di Aleppo suatu ketika dulu kini menjadi sejarah.

Banyak warisan-warisan lama di bandar ini telah rosak, termasuklah Masjid Besar yang dibina pada abad ke-8, begitu juga kubu Aleppo yang dianggap sebagai salah satu daripada istana yang terbesar dan tertua di dunia.

Pertempuran itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi, tetapi kerosakan yang ditinggalkan sama sekali tidak dapat dikembalikan.



























Sama-samalah kita berdoa agar peperangan di Aleppo ini berakhir dengan satu berita gembira. Aminn.

Labels: , ,